RENCANA

Halaman ini akan mengandungi tulisan dan artikel yang berkait dan berhubung rapat dengan suasana,  keadaan  dan senario negeri Kelantan dan masyarakatnya.  Ianya dihasilkan berdasarkan  perspektif yang berpandu dan berlandaskan kepada keadaan semasa.  

Tulisan dan artikel yang dipaparkan sedikit sebanyak memperlihatkan keadaan di negeri Kelantan yang sebenarnya.   Keadaan sosio-ekonomik-politik negeri ini diberi fokus,  tetapi tumpuan perhatian adalah lebih kepada keadaan kehidupan masyarakat warganya  - sama ada yang tinggal di bandar atau pun desa  -  yang merangkumi keistimewaan,  kekuatan dan keperluan mereka.

Selain dari itu halaman ini juga akan memberi tumpuan kepada ehwal semasa,  dan perkembangan-perkembangan yang berlaku dan dialami oleh negeri Kelantan,  dalam usahanya untuk membangun dan membawa kesejahteraan kepada masyarakatnya menghadapi satu kehidupan yang lebih mencabar di zaman-zaman mendatang.

Antara artikel yang disertakan ialah:


PENGENALAN KEPADA PERUSHAAN SARANG BURUNG WALIT


Perushaan menghasilkan sarang burung walit sekarang ini sudah mula mendapat perhatian ramai,  terutama di negeri Kelantan. 


Kami di PERSPECTIVE  mendapat bantuan dan kerjasama dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan,  Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani, untuk memaparkan kepada saudara ehwal perushaan ini,  supaya dapatlah saudara dibekalkan ilmu pengetahuan, bahan dan maklumat yang terkini,  sahih dan kredibel mengenai perushaan ini. Diharap saudara akan mendapat manfaat darinya.


PENGENALAN


‘Penuaian sarang burung walit dari gua-gua secara komersil telah dijalankan sejak lebih 100 tahun dahulu di Malaysia.  Hasil penuaian pertama adalah dari Gua Niah,  Sarawak pada tahun 1878.  Sejak sedekad kebelakangan ini,  pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung Walit ini.  Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan,  mesra haiwan,  ekonomi,  lestari  pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi.  Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berjhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar.  Semenjak itu,  industri burung Walit ini telah berkembang.’


Dipetik dari buku ‘GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENTERNAKAN BURUNG WALIT’ terbitan JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN,  KEM PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA.(2007)


Dari satu ke satu masa,  kami akan paparkan lagi bahan atau tulisan mengenai perushaan ini untuk faedah saudara.


NOTA:   Satu lamanweb bertajuk BURUNG WALIT TERBANG JAUH dengan alamat url:  http://myburungwalit.yolasite.com telah diwujudkan untuk kemudahan saudara.


INILAH BANDAR RAYA KAHERAH,  MESIR


Dalam masa beberapa hari kebelakangan ini,  seluruh dunia menumpukan perhatian kepada bandar raya Kaherah,  iaitu ibunegara Mesir.  Di sinilah ramai anak-anak kita sedang berada untuk menimba ilmu pengetahuan di pusat-pusat pengajian tinggi demi masa depan mereka.  Dan di bandar raya ini jugalah keadaan sekarang tidak menentu.


Dalam ruangan ini,  kami paparkan gambar-gambar bandar raya ini,  supaya kita tahulah keadaannya dan juga corak kehidupan masyarakat penghuninya.


Gambar-gambar ini kami petik dari Internet. 


                         


                         


Rangkaian television Internet  -   EPC Television  -  kini sudah berusia genap sebulan.   Hampir 20 program dokumentari pendek telah disiarkan melaluinya.


Memandang kepada sambutan yang diterima dari para penonton,  bukan sahaja dari Malaysia, malah dari seluruh dunia,  nyata bahwa rangkaian ini sudah mula mendapat tempatnya di kalangan masyarakat penonton sekelian.


Oleh yang demikian memandang kepada keadaan ini maka kami telah memulakan satu lagi rangkaian television Internet untuk saudara.  Dua rangkaian yang kami selenggarakan mulai hari ini 1 Februari 2011 ialah  EPC TV One (Bahasa Inggeris)  dan  EPC TV Two (Bahasa Malaysia)


EPC TV ONE akan mengandungi program-program yang dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris,  dan ditujukan kepada masyarakat sasaran di arena antarabangsa  dan yang berbahasa Inggeris.  Program-programnya akan menumpukan perhatian kepada subjek-subjek yang berbentuk antarabangsa,  yang pula bertujuan untuk membawa pengertian dan persefahaman dan merapatkan lagi hubungan Malaysia dengan dunia global.  


EPC TV TWO akan mengandungi program-program yang dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia,  dan ditujukan khas kepada masyarakat sasaran dalam negara,  masyarakat sasaran yang terdiri dari rakyat Malaysia di luar negara,  dan masyarakat global yang boleh berbahasa Malaysia.   Program-programnya ditumpukan kepada ehwal semasa mengenai negara,  terutama sekali ehwal sosio-ekonomiknya.  


Kami berharap sekiranya ada satu-satu subjek atau isu yang menarik minat saudara untuk dijadikan bahan program di EPC Television,  berhubunglah dengan kami melalui emel yang kami sediakan  iaitu   epcteknologi@gmail.com.


Terima kasih kami ucapkan.


ANAK-ANAK KITA PERGI JAUH UNTUK BELAJAR


Kita sekarang sudah berada pada bulan kedua ... bulan Februari ... tahun 2011.   Rasanya sudah banyak rancangan yang dirancangkan untuk tahun ini mula kita laksanakan.  Mungkin ada di antaranya yang menghadapi kesulitan permulaan dan mungkin juga ada yang berjalan dengan lancar.


Apa pun rancangan-rancangan yang dirancang itu sudah mula berjalan.  Bagaimanakah hasil atau kesudahannya,   tidaklah dapat 

     Universiti Oxford, England     kita ramalkan dengan tepat pada ketika ini.


Banyak perkara atau program yang telah dirancang untuk dilaksanakan ... sama ada oleh pihak kerajaan atau pun oleh kita sendiri.  Dan rasanya rancangan untuk membolehkan anak-anak kita melanjutkan pelajarannya ke luar negara adalah satu dari yang terpenting.


Dalam hal ini,  banyak pula yang harus kita kaji sedalam-dalamnya.   Antaranya kemampuan

atau kecenderongan anak kita untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.  Kadang kala apa yang kita kehendaki untuk anak kita tidak semestinya mendapat persetujuan dari mereka sendiri,  kerana mereka lebih arif dan tahu akan kemampuan mereka.


 Kedua kita harus pula memikirkan tentang perbelanjaan yang      perludisediakan,  bukan sahaja untuk membolehkan anak kita        

   

 Universiti Kaherah, Mesir            

 

bertolak ke luar negara,  bahkan untuk membantu saraanya semasa melanjutkan pelajarannya itu.   Memang benar biasiswa atau pinjaman banyak membantu,  tetapi pada hakikatnya,  kita perlu membantu secara bulanan.  Kerana perbelanjaan sebenar mereka di luar negara, tidak boleh diramalkan.


Ketiga kita perlu juga tahu akan keadaan negara di mana anak-anak kita akan ditempatkan.   Dalam keadaan dunia hari ini,  kebanyakan negara ketiga sentiasa menghadapi pelbagai masalah .. dan akibat dari ini keadaan keselamatan tidak terjamin.  Ini perlu kita fikirkan sedalam-dalamnya.


Dalam masa beberapa bulan ini saja,  kita telah mendapat paparan keadaan keselamatan yang membimbangkan di dua negara di      

Universiti Gadjah Mada, Indonesia     mana anak-anak kita dihantar untuk melanjutkan pelajarannya.


Keselamatan anak-anak kita adalah yang terpenting ... kepada kita ibu bapanya.

Saya percaya dan yakin,  kita tidak perlu menghantar anak-anak kita jauh ke negara luar,  sedangkan di negara kita sendiri telah wujud puluhan universiti,  yang dipercayai mempunyai kredibiliti yang tertinggi juga.


Fikirkanlah,  sebelum mengambil tindakan.



MASA BERLALU DENGAN PANTAS

 

Dalam sekelip mata bulan Januari telah pun sampai di penghujungnya.  Sudah sebulan kita berada di tahun 2011.


Maknanya,  ini menunjukkan betapa pantasnya masa berlalu.

 

Dan kalau difikirkan pula,  apakah yang sempat kita lakukan dalam masa sebulan itu.  Kepada yang perihatin terhadap peredaran masa,  perihatin terhadap nilai masa,  tentu sudah banyak yang telah dihasilkan.   Tetapi kepada yang sentiasa alpa terhadap perkara ini,  akan dirasakan bahawa masa sudah tidak mencukupi lagi.   Banyak lagi yang harus dan perlu dilaksanakan dan diselesaikan. Rasa kesal akan muncul ... kesal mengapa waktu itu tidak digunakan sepenuhnya dan sebaiknya.


Kita perhatikan perjalanan waktu dalam satu hari.  Kita bangun pagi.  Mandi dan makan,  dan selepas itu kita keluar untuk mencari rezeki.  Setelah bertungkus lumus menjalankan kerja ... sama ada di pejabat atau pun di ladang atau di laut ... tiba-tiba sampai masa kita pulang ke rumah.  Bila tiba di rumah ... tiba-tiba kita merasa ada yang belum kita selesaikan pada siang tadi.  Kita akan termenung ... pertama memikirkan tugas yang belum selesai tadi ... dan kedua memikirkan pula,  punya masakah kita untuk menyelesaikannya esok ... tambahan pula esok ada tugas atau kerja lain yang harus kita laksanakan.


Begitulah keadaannya hari demi hari.  Masa atau waktu beredar dan akan terus beredar ... tidak menunggu kita.  Kita pula harus menyesuaikan diri ... mengubah ‘modas operandi’  kita ... supaya waktu itu kita manfaatkan secukupnya.


Masa ... tidak menunggu kita.   Masa adalah dinamik ... sentiasa bergerak.  Kita harus memanfaaatkannya ... kita harus menghargainya.  Nilainya amat besar ... sukar hendak kita jelaskan.   Yang kita tahu masa yang berlalu tidak boleh kita capai lagi.


Halaman EDITORIAL mengalu-alukan sumbangan saudara.


Make a Free Website with Yola.