RENCANA:

 Keindahan Alam 

 Negeri Kelantan  ….  dan Negara ini,  memang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.  Seluruh dunia mengetahuinya.  Ramai yang telah datang untuk menikmatinya.   Tempat-tempat seperti pantai-pantai indahnya … pulau-pulaunya yang memukau … danau yang mempunyai suasana tenang dan heningnya …  sungai-sungainya yang sentiasa mengalirkan air dingin dan menyegarkan  … semua ini adalah tarikan yang semula jadi.    Banyak pula potensi aktiviti-aktiviti hiliran yang boleh diperolehi darinya.   

Ini bermaksud bahawa tempat-tempat ini perlu dijaga dan dipelihara … supaya sentiasa indah dan cantik dipandang mata.   Supaya sentiasa menyediakan kemudahan yang diharapkan kepada yang mengunjungnya.  Supaya penyenggaraan yang wajar diatur kemas.   Supaya yang datang akan datang lagi.  Inilah anugerah Illahi yang perlu kita jaga dan hargai.

Ini juga bermakna,   kita sendiri perlu memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran untuk menentukan keindahan ini semua terpelihara dan terus dimajukan … supaya benar-benar ia dapat menjadi satu produk negeri dan Negara yang berpotensi tinggi.

Malang sekali jika pemandangan seperti ini mengalu-alu ketibaan kita.

Macam mana hendak berenang di laut.

 Malang sekali jika kita tidak dapat menyedut udara segar yang tidak tercemar dan nyaman,   dan jika kita tidak dapat bersantai bersama keluarga kerana udara berdebu kotor,  suasana bising mengelilingi kita,   dan kesesakan lalu lintas menghantui kita.

Keadaan sebegini sukar mencari jalan ke pantai.

Sememangnyalah keindahan alam semula jadi …  tidak serentak dan seirama dengan keadaan-keadaan yang mengganggu ini.   Sememangnyalah kita perlu berfikir bersama bagaimana dapat kita manfaatkan keindahan yang dianugerahkan kepada kita.   Apa pula yang perlu kita laksanakan bersama supaya tempat-tempat yang indah ini boleh membawa kepada kita ilham dan inspirasi untuk kita dalam perjalanan kita ke zaman-zaman akan datang.

 

Make a Free Website with Yola.