PERSPEKTIF KELANTAN - ke persada antarabangsa

RENCANA:

Bila Ombak Memukul Pantai

Jam 11.30 pagi,  hari Sabtu 19 Disember 2009.   Tempatnya di persisiran Pantai Senak,  Bachok,  Kelantan. Angin

Ombak ganas menuju pantai.

tidak lagi bertiup sepoi-sepoi bahasa.   Tiupannya sudah mulai kuat dan hampir kencang.   Ombak sudah juga mulai ganas menghempap pantai.   Keadaan di pantai yang biasanya dikunjungi ramai insan,  terutama pada hari-hari cuti seperti hari ini,  jelas lengang.

Di langit awan putih sudah bertukar hitam,  menandakan ia mengandungi hujan yang akan  turun pada bila-bila masa.

Saya tidak lama di pantai ini … pertama takut dibasahi hujan … dan kedua hanya empat lima orang tempatan sahaja kelihatan cuba memancing di muara sungai yang tidak jauh dari tempat saya berada.

Melihat keadaan ombak di pantai ini,  teringat saya satu berita dalam akhbar mengenai kisah orang-orang kampong yang berasa khuatir tentang hakisan yang didatangkan oleh ombak kuat memukul pantai.  Mereka ini ialah masyarakat  Kampung Pulau Pak Amat,  di Jajahan Kota Bharu.    Ada di antara mereka yang mengambil keputusan meninggalkan kediaman kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Kata seorang penduduk kampong teresebut,  sebelum ini jarak antara pantai dengan kediaman mereka lebih satu kilometer jauhnya,  tetapi sekarang tidak sampai pun 500 meter.   Beberapa tempat telah runtuh atau ditenggelamkan air laut,  termasuklah binaan-binaan  seperti kubu  yang didirikan semasa Jepun menyerang Negara dahulu.

Benteng pemecah ombak didirikan di beberapa pantai di Kelantan.

Saya faham perasaan penduduk kampong ini,  kerana bila saya lihat ombak berkejaran menuju pantai,  saya sendiri naik seram sejuk rasanya.

Keadaan ini juga membawa saya kepada satu amaran angin kencang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,  yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolgi.   Amaran itu menjelaskan bahawa hujan lebat peringkat kuning iaitu hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa di Perak dan Kedah bermula hari ini (18 Disember 2009),  dan dijangka berterusan sehingga 20 Disember.

Kata kenyataan itu lagi,  keadaan yang sama dijangka berterusan hingga 22 Disember di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan,  Terengganu dan Pahang.

Inilah keadaan yang sukar hendak kita hadapi.   Yang perlu kita lakukan,  rasanya,  ialah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti arahan mereka yang dipertanggungjawabkan membantu.

Menghalang hakisan pantai oleh ombak,  memang sukar dilaksanakan.   Cuma kita berikhtiar … umpamanya di beberapa kawasan pantai di Negeri Kelantan  binaan-binaan penahan ombak dibina.   Selain dari itu pohon-pohon rhu juga ditanam untuk membantu.   Di Pantai Senak ini terdapat satu kawasan tepi pantai yang dijadikan tapak semaian pohon rhu.  Ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan.

Ombak besar di laut yang kemudian memukul pantai,  hujan lebat  dan tiupan angin kencang …  semua ini adalah

Tapak semaian pohon rhu.

kejadian alam.  Memang ramai yang terlibat … penduduk kampong terpaksa berpindah,  bukan sahaja untuk mengelak hakisan bahkan juga banjir yang akan menjelma … dan masyarakat nelayan pula tidak dapat mencari rezeki  di laut.

Inilah  hakikatnya … kita perlu banyak-banyak bersabar menghadapinya,  sambil sentiasa berjaga-jaga dan menentukan keselamatan seisi keluarga.


Make a Free Website with Yola.