RENCANA:

Halatuju Masyarakat Desa

Masyarakat desa adalah terdiri dari insan yang gigih,  tabah,  berjiwa murni  dan menjalani kehidupan yang penuh dengan keazaman bernilai  murni yang boleh dijadikan contoh dan teladan.

Aura pembangunan telah sampai kepada kehidupan mereka.   Ini digunakan sebaik mungkin dengan berpandukan hasrat dan cita yang menjurus kepada keinginan hendak juga membangun  seperti lain-lain masyarakat di Negara maju dunia.   Kepada mereka,  pembangunan yang didatangkan diterima dengan penuh kesyukuran.  Ini merupakan satu pengisian yang penuh erti dalam jiwa mereka sebagai warga sebuah Negara yang merdeka dan bardaulat.

Jika kita berkunjung ke kawasan desa hari ini,   dapat kita lihat satu perubahan kepada minda masyarakat.   Mereka menggunakan pembangunan sebagai satu pemangkin kepada usaha mereka  memacu kehidupan yang lebih bahagia dan sejahtera.   Walaupun masih terdapat segelintir warga desa yang berpuas hati melihat dan memandang sahaja,  akan tetapi sudah ramai mula bergerak … bergerak dengan inisiatif dan ilham yang dicetuskan sendiri demi kecemerlangan hidup masing-masing.

Sdr Ramle Ismail dengan komputernya.

Contohnya    Saudara Ramle Ismail  (Ediramle)   di Kampung Kok Pasir,  Tumpat,  Kelantan.   Walaupun beliau sibuk dengan tugas rasminya,   akan tetapi beliau berusaha membantu sekadar yang boleh membawa perubahan kepada minda dan sikap rakan sekampungnya.   Beliau bergiat cergas dalam bidang membawa ilmu ICT kepada masyarakat setempat.   Beliau,  pada asasnya ialah seorang penulis,  telah pun memperkenalkan kaedah komunikasi canggih ini kepada rakan dan taulannya.   Beliau menggunakan pengetahuan ICTnya membentuk lamanweb kampungnya,  iaitu selain dari membimbing yang berminat untuk mendekati teknologi ini.

Keluarga Saudara Ramle Ismail boleh dikategorikan sebagai keluarga bahagia dan berjaya.   Seorang dari anak perempuannya akan meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan di luar Negara,  dalam masa terdekat ini.   Sokongan padu diterima dari isteri dan seluruh anggota keluarganya.

Sikap Saudara Ramle,  dengan sendirinya membayangkan kebangkitan masyarakat desa hari ini … bangkit untuk berjuang membawa perubahan,  kebahgiaan,  kesejahteraan  dan  ketenteraman dalam hidupnya.

Dalam perbualan dengannya,  nyata hasrat dan keinginannya untuk melaksanakan lebih banyak bakti untuk masyarakat setempatnya.   Beliau sedang memikirkan,  apa lagi yang boleh dan perlu dilakukan supaya mereka tidak menghadapi sebarang masalah, dan dapat menghadapi kehidupan masa hadapan dengan lebih yakin.

Itu satu contoh perubahan sikap di kalangan masyarakat desa.   Ramai lagi terdapat insan seperti Saudara Ramle Ismail ini di desa sana.   Cuma mereka menjalankan aktiviti-aktiviti derma bakti  ini dengan senyap atau  ‘without any fan fare’.

Syabas teman-teman di desa,   dan syabas Saudara Ramle Ismail.

Make a Free Website with Yola.