'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN'

SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI,  MUDAH-MUDAHAN BERJUMPA LAGI TAHUN HADAPAN

Lima hari yang lalu,  Aidilfitri bersama kita.  Kita gembira,  ceria  dan  bersyukur menerima kedatangannya.   Kita berasa megah dan bangga bersamanya,  kerana selama sebulan Ramadhan kita telah melalui segala dugaan dan cubaan,  dan kita telah berjaya.  Kita telah dapat menangkis dan mengusir segala dugaan, yang jika kita tidak mempunyai ketabahan dan kekuatan,  kita sudah tentu tersungkur dan rebah.

Dalam masa sebulan kita menjalani ibadah yang diwajibkan,  apakah yang telah kita pelajari … apa pula yang telah kita ketahui rahsia di sebalik perjuangan kita itu.  Dari manakah kita perolehi kekuatan untuk memerangi segala kemungkaran yang dibawa oleh hawa nafsu.   Rasanya jawapan yang logik ialah segala-galanya berada pada diri kita sendiri.  Kita sendiri yang dapat menentukan menang kalahnya.

Sudah lima hari kita tinggalkan Aidilfitri.  Bila menjelmanya sang matahari di wufuk timur pada awal pagi 1 Syawal,  apakah yang kita harapkan.

Kepada kebanyakan kita,  terutama kanak-kanak dan anak-anak muda,  terbukanya pintu rumah kita pada pagi itu mengharapkan kunjungan ramai kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.  Sekurang-kurangnya kita mengharapkan ramailah jiran-jiran menjadi tetamu kita,  menjamu selera dengan juadah dan hidangan yang telah kita sediakan.  Biasanya di dalam satu-satu masyarakat yang prehatin dan ingin hidup bermasyarakat,  keadaan ini akan wujud.

Bagaimana pula jika sekiranya,  suasana ini tidak muncul,  apakah yang harus kita lakukan,  terutama jika kita adalah ‘pendatang’ dalam satu-satu masyarakat itu.  Rasanya,  apa yang perlu kita lakukan terserahlah kepada kita sendiri.  Tetapi kita perlulah renungkan semula pepatah yang berbunyi … ‘Hidup bermuafakat,  bagai aur dengan tebing.’

Inilah yang perlu dijadikan asas dalam kehidupan kita hari ini.  Ini jugalah semangat yang dibawa oleh AIDILFITRI.

'PERSPECTIVE' BERWAJAH BARU


Setelah beberapa ketika 'PERSPECTIVE' berdiam diri,  kini tibalah masanya ia bertemu dan berinteraksi semula dengan saudara. 


Kali ini ia membawa beberapa perubahan,  terutama sekali dari segi kandungannya.  Rupa bentuknya pun diberi sedikit 'face lift' dengan memaparkan satu banner berbentuk dan bercorak baru,  yang menggambarkan keindahan alam semula jadi di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.                                                                                   


Walau apa pun,  kami sangat mengharapkan teguran dan cadangan dari saudara supaya ia akan benar-benar membawakan yang berfaedah dan memberi manfaat kepada saudara,  dalam menghadapi kehidupan di era teknologi hari ini.


Hubungilah kami melalui emel kami:  epcteknologi@gmail.com.


Terima kasih.

 SUMBANGAN DARI SAUDARA

Saudara yang dihormati,  PERSPECTIVE  ingin menjadi saluran interaktif di antara saudara seklian. 

Untuk merealisasikan keadaan ini,  kami jemput saudara memberi sumbangan dalam rupa rencana,  tulisan,  pandangan dan pendapat,  mengenai perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan saudara.  

Kami juga sedang berusaha mendapatkan wakil-wakil kami di tiap negeri di Malaysia,  yang boleh mengirimkan bahan-bahan yang sesuai dan relevan dengan tajuk laman ini iaitu PERSPECTIVE.

Sumbangan saudara ini bolehlah dikemukakan kepada kami melalui emel yang kami sediakan iaitu:  epcteknologi@gmail.com.

Sekian dan terima kasih.

,  

SECEBIS EHWAL SEJARAH                                         

MENYINGKAP SEJARAH AWAL KELANTAN

Oleh  MUHAMAD MAHFUZ BIN NORDIN,  Jabatan Warisan Negara.

Sejak 10,000 tahun dahulu,  bumi Kelantan telah pun dihuni oleh masyarakat Prasejarah zaman Paleolitik Akhir (Hoabinhian).   Masyarakat ini mengamalkan corak kehidupan mengumpul dan memburu makanan.  Mereka mendiami di gua-gua batu kapur di Ulu Kelantan dalam satu jangka masa tertentu dan sentiasa berpindah randah.  Kebolehan mereka menghasilkan alat-alat batu yang direpeh pada sebelah permukaan (Sumatralith)  atau kedua-dua belah sekali.  Berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Cha,  masyarakat ini mengebumikan mayat dengan cara lutut si mati dilenturkan ke arah dagu.  Selain di Gua Cha,  terdapat beberapa gua lagi yang pernah dihuni oleh masyarakat ini antara:-  Gua Peraling,  Gua Chawas,  Gua Lembing,  Gua Jaya,  Gua Tampaq  dan lain-lain.

Dalam kira-kira 3,500 tahun sebelum Masihi timbul pula masyarakat Neolitik berdasarkan kepandaian mereka membuat alat-alat batu bercanai seperti beliung dan kapak batu dan alat tembikar tanah yang berkualiti.  Kehidupan masyarakat ini menjalankan kegiatan bercucuk tanam dan telah tinggal menetap di pinggir-pinggir Sungai Nenggiri,  Ulu Kelantan.

Penyelidikan arkeologi yang dijalankan di Gua Cha,  Gua Chawas,  Gua Peraling,  Gua Tampaq di Ulu Kelantan membuktikan kehadiran masyarakat Neolitik di Negeri Kelantan.  Masyarakat Neolitik mengebumikan mayat mereka secara terbujur ditanam bersama barang-barang peribadi si mati seperti periuk tembikar tanah, alat-alat batu dan barang perhiasan diri seperti gelang batu (Adi Haji Taha: 1985).  Manakala zaman logam di Kelantan tidaklah begitu ketara kerana ketiadaan bukti arkeologi yang menunjukkan penggunaan alat logam oleh masyarakat prasejarah di Kelantan.

Namun,  terdapat juga laporan jumpaan alat logam yang dilaporkan ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk tempatan di Ulu Kelantan.

Nota:   Tulisan ini akan disambung melalui laman ini. 

RENUNGAN

"Jika kita pandai menyukakan hari orang,  kita masuk dalam golongan orang yang bijaksana;   itupun asal kita tidak mengorbankan keyakinan dan pendirian sendiri.   Yang amat banyak merosakkan kebijaksanaan kita ialah  sifat kasar,  lekas marah,  sombong,  dengki  dan  benci.  Tidak menghargai orang lain dalam pendiriannya."

PROF. DR HAMKA

  

 All Rights Reserved (c) EPC Technologies 2010    Webmaster MOHD AFFIF

 

   

    

 

hit counter

 

 

   

 Click below for Channel preview 

   

HARI INI DALAM SEJARAH

Sumbangan Arkib Negara Malaysia

12 Sept 1959

SIDANG PERTAMA PARLIMEN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG PERTAMA

Pada hari ini dalam tahun 1959, Sidang Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah diisytiharkan oleti DYMM Seri Paduka Baginda Yang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Persidangan itu telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Seramai 104 orang Ahli Parlimen yang terpilih dalam pilihanraya Parlimen Persekutuan yang telah diadakan pada 19 Ogos 1959, telah mengangkat sumpah. Mereka terdiri dari 74 orang Ahli Parlimen Parti Perikatan yang memerintah, 13 orang ahli Parti Islam SeTanah  Melayu (PAS), 8 ahli Barisan Sosialis, seorang ahli Parti Negara, seorang ahli Parti Malaya (Malayan Party) dan 3 orang ahli Bebas. 

UNTUK KISAH SELANJUTNYA SILA LAWATI LAMANWEB ARKIB NEGARA

 

Make a Free Website with Yola.