EHWAL KAMI

Syukur Alhamdulillah lamanweb ini dapat juga kami wujudkan.  Kami ini bukanlah pakar  ICT,  tetapi kami menaruh minat terhadapnya,  iaitu sejak ianya mula dibawa masuk ke Negara ini.   Kami juga bukanlah pakar dalam bidang-bidang yang disentuh oleh lamanweb ini,  tetapi kami perihatin terhadap apa yang berlaku di alam sekeliling.   Kami ingin berperanan juga dalam membantu masyarakat membangun,  terutamanya masyarakat desa,  kerana kami tidak boleh lupa bahawa kami juga berasal dari desa.

Kumpulan kami ini terdiri dari berbagai lapisan umur … ada yang sudah menjangkau usia 70-an dan yang termuda sekali berumur 16 tahun … baru pun masuk melangkah ke tingkatan lima bila sekolah mula dibuka tidak lama lagi.   Pengalaman berinteraksi dan meninjau alam sekeliling,  kami ada.  Pengetahuan asas mengenai bidang-bidang tertentu itu pun ada.   Jadi kami rasa,  kami boleh turut serta membantu.   Kalau tidak pun,  kami akan  dapatkan makluman-makluman yang diperlukan dari mereka yang pakar (kebetulan banyak adalah teman kami),  dan agensi-agensi yang berkaitan.

Apa pun kami berharap,  saudara pun boleh membantu menjayakan projek lamanweb kami ini.   Kami tahu banyak antara saudara yang pakar dan berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu.  Jadi kami jemputlah saudara memberi apa juga sumbangan … terutama sekali bahan,  yang pula boleh dimanfaatkan oleh yang melayari lamanweb ini.

Akhirnya,  jika saudara ingin memberi sumbangan … silalah emelkan bahan-bahan itu kepada kami pada alamat emel seperti berikut:

  • epcteknologi@gmail.com

Sekian,  dan terima kasih.


Make a Free Website with Yola.