ILMU ONLINE

PENULISAN KREATIF

PENULISAN SKRIP UNTUK PROGRAM DOKUMENTARI TV

Sebelum kita bincang ehwal penulisan skrip untuk program dokumentari televisyen,  rasanya elok jika kita lihat dulu maksud  dan tafsiran program jenis ini.

Kita perhatikan pandangan-pandangan seperti yang dibentangkan di bawah ini:

Ibrahim Jamaluddin,  dalam kertasnya bertajuk Persoalan Ontologi dan Epistemologi dalam Teks Dokumentari:

"Dokumentari merupakan perkataan yang dicipta oleh bapa dokumentari, John Grierson.   Setelah manusia 'penat' membaca penulisan dalam bentuk dokumen,  dengan bermulanya era 'gambar bergerak', manusia berkeinginan pula kepada dokumen visual.  Berbeza dengan dokumen bertulis,  dokumentari membawa beban (teks) tanggungjawab yang amat berat:   sebagai 'fakta',  'benar', dan real. Visual dan komentar berserta dan bersilih ganti mengupas idea yang baik secara terus mehupun mencari jawapan di sebalik abstrak. Pelbagai kemungkinan terhadap interpretasi diluahkan dan disimpulkan berdasarkan individu serta ruang lingkup kehidupan,  membuat ungkapan realiti lepas dan bebas.   Analisis yang dibuat tidaklah menjurus kepada mencari sesuatu jawapan yang sempurna terhadap makna ;dokumenari',  tetapi sekadar menghidupkan suasana perbincangan lalu membuka ruang baru selari dengan perubahan zaman.

Disebabkan keupayaan manusia memiliki ilmu (untuk memanipulasi) dan membuka ruang perbincangan,  sedaya upaya penerbit filem merebut 'ruang' mencari makna baru dokumentari sesuai dengan perubahan zaman.  Di sini penulis berpendapat bahawa makna dokumentari yang diberikan oleh John Grierson semenjak 1929 iaitu 'creative treatment of actuality' sebagai yang paling hampir kepada kebenaran fakta yang 'dipikul oleh dokumentari.'

David Brodwell dan Kristin Thomson berpendapat:

"As a type of film,  documentaries present themselves as factually trustworthy.  Still,  any one documentary may not prove reliable.  Throughout film history,  many documentaries have been challenged as inaccurate.   A documentary may take a stand,  state audience an opinion,  advocate a solution to a problem ... documentaries often use rhetorical form to persuade audience.  But,  again,  simply taking a stance  does not turn documentary into fiction.  In order to persuade us,  the film maker marshals evidence,  and this evidence is put forth as being factual and reliable.'

Ku Seman Ku Hussain berpendapat:

'Istilah  filem dokumentari sebenarnya agak asing bagi sesetengah khalayak di negara ini.  Filem dokumentari menjadi agak popular selepas khalayak terpesona menonton filem-filem yang disiarkan menerusi Discovery Channel atau pun National Geographic.

Memang benar saluran ini menyiarkan filem dokumentari yang menarik dan berkualiti.  Tetapi sebenarnya itu hanya satu bentuk dokumentari sahaja,  sedangkan dokumentari juga seperti filem cereka yang boleh dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan pendekatan artistiknya.'

Berikut pula dipetik beberapa pandangan mengenai program dokumentari dari peminat,  bakal penulis dan penerbit tempatan program jenis ini:

  • Program dokumentari adalah merupakan sebagai satu sumber ilmu yang penting dalam usaha memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi zaman-zaman mendatang dengan lebih selesa dan bersedia lagi.  Ia juga boleh membantu pembangunan minda seseoarang insan itu.
  • Program dokumentari merupakan cabutan satu aspek dalam kehidupan masyarakat.  Mithalnya kisah usaha asimilasi satu kaum pendatang dengan masyarakat yang sedia ada;  kisah perjuangan hidup seorang pengusaha kecilan desa;  kisah keazaman seorang petani jagung;  dan sebagainya.
  • Program dokumentari adalah satu pengkajian secara detail dan ilmiah terhadap kehidupan atau alam sekitar,  dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat seluruhnya.  Program dokumentari haruslah dijadikan sebagai satu cara dan kaedah mengenali kehidupan.
  • Program dokumentari adalah program ilmu,  yang mempunyai fungsi dalam mengembang dan membangunkan ilmu itu sendiri.  Ia sememangnya amat relevan kepada dunia ilmu dan dunia yang berilmu.
  • Program dokumentari hendaklah dianggap sebagai permulaan satu pengajian,  di dalam dunia yang penuh tersebar ilmu pengetahuan hari ini.

Demikianlah sedikit petikan pandangan dari pencinta,  peminat dan penggemar program dokumentari.


Bersambung ...

 

PENULISAN SKRIP PROGRAM DOKUMENTARI TELEVIISYEN:

Tajuk-tajuk kecil:

  • Panduan ringkas
  • Pemilhan topik atau subjek.
  • Mengumpul bahan-bahan yang relevan.
  • Peranan Kajian dan Penyelidikan.
  • Menyediakan Format Program.
  • Skrip Penerbitan.
  • Skrip Latarkata.

TULISAN-TULISAN MENGENAI PROGRAM DOKUMENTARI TELEVISION:

packet8
pengunjung

Make a Free Website with Yola.