DATELINE KB

GULA

KOTA BHARU:  Beberapa hari lalu, kalau kita hendak membeli gula, di mana juga, sama ada di kedai runcit biasa atau pun di pasar raya, berbagai ceita kita dengar dan berbagai pula helah kita hadapi.

Setengah tempat,  kita dibenarkan membeli dua kilo gula sahaja tiap pembeli. Tapi jarang benarlah dapat kita memperolehinya dengan mudah. Di kawasan-kawasan desa pula,  sungutan ketiadaan gula atau kekurangan gula,  sudah menjadi senario biasa dan lumrah kehidupan kepada masyarakatnya.

Sebuah pasar raya di Kota Bharu ini pula menggunakan teknik yang baru. Tunjuk kad ahli pasar raya tersebut,  barulah dapat guna dibeli.  Bila ditanya adakah ini undang-undang atau peraturan baru yang dikenakan oleh pihak pemerintah,  kata jurujual di pasar raya ini, ‘ini arahan dari ‘boss’.

Dulu minyak masak,  hari ini gula. Esok entah apa pula agakhya.

Yang anehnya, mengikut berita disiarkan di dalam beberapa akhbar tempatan, gula dari Malaysia berlambak di bandar-bandar dan juga di kampung-kampung di negara jiran.   Mengapakah agaknya keadaan ini berlaku?

Apa pun, kepada  ‘peminat’  atau yang gemarkan  gula, kurangkan sedikit menggunakan bahan ini.  Sekurang-kurangnya dapatlah kita elak risiko ‘kencing manis’.


FOBIA H1N1

KOTA BHARU:     Walaupun cerita mengenai jangkitan H1N1 tidak begitu mendebarkan dan tidak pula berbentuk epidemik,  akan tetapi rasanya ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah,  atau yang mengikuti program-program di sekolah,  atau di lokasi-lokasi luar sekolah,  seperti perkhemahan dan sebagainya,  tidak senang hati juga.   

Saya tahu ada beberapa orang ibubapa,  yang kurang berminat menghantar atau membenarkan anak-anak mereka ke sekolah atau mengikuti program-program anjuran sekolah,  setelah cerita jangkitan H1N1 ini muncul semula.

Saya kira ini adalah disebabkan oleh kurangnya prehatin setengah-setengah sekolah terhadap keselamatan dan keadaan kesihatan murid-murid di sekolah dan juga keselamatan persekitaran di sekolah itu sendiri.

Saya percaya,  pihak penguurusan sekolah mempunyai program dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya keadaan keselamatan dan kesihatan di sekolah mula membangkitkan kebimbingan ibubapa.
Make a Free Website with Yola.