ONLINE RADIO CHANNELS


MAKLUMAT, ILMU PENGETAHUAN dan HIBURAN melalui Internet


EMPAT rangkaian radio Internet telah pun dinaikkan  dalam masa beberapa hari yang lalu.  Rangkaian-rangkaian itu ialah  KIJANG INTERNETIONAL,   PURNAMA FM,   MY MUSICAL GREETINGS dan HIDUP SEJAHTERA.

Tiap satu rangkaian ini masing-masing mempunyai tujuan ianya diwujudkan.

KIJANG INTERNATIONAL diwujudkan untuk membawa Kota Bharu ke persada antarabangsa dengan segmen-segmen yang memaparkan pelbagai aspek dan aktiviti bandar raya Islam ini.  Tiap segmen dimuatkan dengan bahan-bahan yang diperolehi melalui kerja-kerja penyelidikan yang sistematik dan menyeluruh.  Tenaga penyelidiknya terdiri dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang-bidang penyelidikan dan kewartawanan,  serta pengetahuan yang mendalam mengenai subjek yang ditumpukan perhatian.    Bahan-bahan ini merupakan fakta dan maklumat yang sahih dan kredibel.

Dengan lain-lain perkataan KIJANG INTERNATIONAL merupakan satu saluran yang membawa maklumat,  ilmu pengetahuan dan hiburan.

Alamat URLnya ialah:    http://kijanginternational.listen2myradio.com/

PURNAMA FM dicipta untuk tujuan memperkasa dan memasyarakatkan sejarah,  warisan,  kesenian dan kebudayaan negeri dan Negara.  Dipercayai bahawa bahan-bahan ini boleh dan seharusnya digunakan untuk membawa pengertian dan penghayatan Negara Malaysia di kalangan masyarakat antarabangsa.  Ianya bertujuan juga untuk menokok tambah program dan aktiviti mempromosi dan memperkenalkan Negara,  yang dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta hari ini.   Bahan-bahan yang dimuatkan di dalam segmen-segmen yang dikenalpasti boleh diibaratkan sebagai permulaan ‘thesis’ mengenai subjek-subjek yang diketengahkan.  Bahan-bahan ini juga diharap akan dijadikan pemangkin kepada pelajar,  penyelidik dan aktivis sejarah,  warisan, kesenian dan kebudayaan Negara memainkan peranan mereka.

PURNAMA FM  dipercayai boleh berada di pentas utama atau “centre stage” dalam usaha kita menjadikan sejarah,  warisan, kesenian dan kebudayaan darah daging tiap warga Malaysia yang cintakan Negara.

Alamat URLnya ialah:    http://purnamafm.listen2myradio.com/

MY MUSICAL GREETINGS diwujudkan untuk menjadi saluran terpenting dalam perhubungan antara warga yang berada di luar Negara dengan kaum keluarga,  sahabat handai dan rakan taulan yang berada di tanahair.  Kepada yang biasa berada di luar Negara,  terutama untuk tujuan bertugas dan melanjutkan pelajaran,  ketiadaan berita dari keluarga di kampong,  kadangkala amat merunsingkan.   Tambahan pula jika sukar kita hendak mendapatkan berita Negara di tempat kita berada.   Jadi MY MUSICAL GREETINGS akan memainkan peranan dan fungsi untuk merapatkan hubungan ini.   Melalui segmen-segmen yang diwujudkan perkara-perkara seperti ehwal semasa terkini,  pesanan dan panduan,  berita dari kampong,  dan banyak lagi,  akan dimuatkan di dalamnya.   Dalam rangkaian ini,  penyertaan pendengar amat diperlukan.

Gunakanlah MY MUSICAL GREETINGS sebagai satu saluran untuk berhubung dengan tanahair.

Alamat URLnya ialah:    http://musicalgreetings.listen2myradio.com/

HIDUP SEJAHTERA   merupakan satu-satunya rangkaian radio,  sama ada radio Internet atau pun radio biasa,  yang menumpukan sepenuh perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.  Tujuan utama rangkaian ini diwujudkan ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya betapa pentingnya kesihatan dan juga perubatan yang ambil perhatian lebih serius.   Bahan-bahan yang akan disertakan di dalam rangkaian ini ialah yang berkaitan dan relevan dengan ehwal kesihatan, perubatan, pemakanan seimbang,  insurans dan sebagainya.  Akan juga dipaparkan sejarah dan kemajuan aktiviti-aktiviti ini,  dan bagaimana manusia telah mendapat manfaat darinya.

Gunakanlah  HIDUP SEJAHTERA sebagai panduan ke arah satu kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera di masa mendatang.

Alamat URLnya ialah:    http://www.shoutcast.com/Internet-Radio/hidupsejahtera/

Empat 

rangkaian radio Internet ini adalah satu usaha untuk memberi makna yang sepatutnya kepada penggunaan saluran Internet, iaitu  untuk dijadikan pembawa    maklumat,   ilmu pengetahuan  dan  hiburan.    Inilah yang seharusnya.    Dan inilah caranya bagaimana Internet khususnya dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) amnya dapat menjadi pemangkin dalam kehidupan seharian kita hari ini.   Ianya bukanlah suatu ‘alat permainan’,  tetapi satu jentera untuk memperkukuh dan memperkasakan ilmu pengetahuan yang amat penting untuk kita gunakan dalam kita jalani hidup di alaf baru ini.

Make a Free Website with Yola.