ILMU ONLINE
 PENULISAN KREATIF

 PENULISAN SKRIP UNTUK PROGRAM DOKUMENTARI TELEVISYEN


PANDUAN RINGKAS PENULISAN SKRIP

1.     Cari satu idea atau pilih satu topik yang hendak dijadikan subjek tumpuan di dalam program dokumentari yang hendak diterbitkan.   Idea atau topik ini hendaklah yang original atau yang belum digunakan lagi.   Kalau pun idea atau topik itu telah digunakan oleh penerbit lain sebelum ini,  cari atau gunakan satu pendekatan yang tersendiri.

2.    Tentukan dari awal lagi apakah mesej yang hendak disampaikan melalui program dokumentari yang hendak diterbitkan itu.   Apakah ianya semata-mata untuk mengemukakan satu cerita atau kisah,  atau mempertahankan satu teori atau hypothesis,  atau membuat analisa satu keadaan yang tertentu.

3.    Kerja-kerja kajian dan penyelidikan adalah terpenting dalam satu-satu program dokumentari itu.   Oleh yang demikian,  kerja-kerja ini hendaklah dilaksanakan secara profesyenal,  menyeluruh dan lengkap.  Kerana program dokumentari yang tidak diusahakan penerbitannya dengan menggunakan bahan-bahan yang sahih,  kredibel  dan  terkini tidak akan diterima untuk siaran.   Pendek kata segala-galanya yang relevan dan yang berkaitan dengan subjek atau topik yang ditumpukan perhatian amatlah penting.  Dalam hal ini,  seorang penulis atau penerbit dokumentari itu hendaklah bertindak sebagai seorang yang  'profesyenal'  dan pakar dalam subjek atau topik yang berkenaan.

4.    Adalah dicadangkan bahawa untuk mendapatkan bahan,  maklumat  dan  fakta mengenai subjek yang ditumjpukan perhatian,  maka pakar atau ilmuan atau yang ahli dalam bidang-bidang berkaitan hendaklah dihubungi,  dan dicadangkan ditemuramah dan digunakan di dalam program yang diterbitkan.   Ini akan menambahkan lagi kualiti dan kredibiliti program tersebut.

5.    Adalah dicadangkan bahawa sebarang temuramah yang hendak dilaksanakan perlulah dirancang terlebih awal.  Subjek atau topik yang hendak diperolehi bahannya dari yang ditermuramah hendaklah difahami dan dikaji selengkapnya,  supaya soalan-soalan yang akan dikemukakan lebih relevan dan akan mendapatkan jawapan-jawapan yang tepat.

6.    Sediakan satu bentuk 'outline' mengenai program dokumentari yang hendak diterbitkan itu.  Outline ini,  atau boleh dinamakan juga sinopsis program,  akan memberi gambaran ringkas mengenai program tersebut.  Ini akan membantu dalam tugas menyediakan 'treatment' atau 'panduan'  kepada penerbitan yang sedang diusahakan.   Dicadangkan juga bahawa pada peringkat ini segala bahan dan maklumat mengenai subjek atau topik yang dijadikan tumpuan perhatian,  disenaraikan.  Ini akan memudahkan kerja-kerja menyusun atau mengatur rupa bentuk program tersebut.

7.    Penyediakan treatment atau panduan kepada penerbitan program yang hendak dilaksanakan adalah penting,  kerana ia akan memudahkan penerbit dalam proses penerbitan secara menyeluruh.   Treatment ini akan dapat memberi gambaran yang lengkap,  tetapi ringkas,  mengenai program yang sedang diusahakan penerbitannya.   Di dalamnya akan dibentangkan darihal subjek,  lokasi penggambaran,  jenis shot yang hendak digunakan,  kedudukan temuramah,  jenis kesan bunyi atau effects yang hendak disertakan,  dan seumpamanya.  Treatment yang lengkap akan memudahkan penyediaan skrip penggambaran.

8.    Skrip penggambaran atau biasa juga dinamakan skrip penerbitan akan mengandungi segalanya secara terperinci ... terutama jenis gambar,     effex optical,  lokasi penggambaran,  temuramah yang hendak dilakukan  dan pergerakan kamera yang digunakan.   Skrip penerbitan ini juga akan memberi panduan kepada latarkata yang hendak digunakan.

9.    Selesai penggambaran,  barulah mula tugas menyediakan skrip suara latar atau skrip 'voice over'.  Ada juga kalanya,  skrip ini disediakan sebelum penggambaran dimulakan.  Ini adalah bergantung kepada subjek yang ditumpukan perhatian,  atau bergantung kepada kaedah yang digunakan oleh seseorang penulis/penerbit program itu.


Beberapa contoh aktiviti yang dibentangkan di atas akan disediakan untuk faedah saudara.


 NOTA TAMBAHAN:
Make a Free Website with Yola.