HARI INI DALAM SEJARAH

 12 OKTOBER 1954

UPACARA MENANDATANGANI PINDAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN PERLIS


Pada hari ini 12.10.1954 satu istiadat menandatangani perjanjian pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis telah diadakan di Balai Besar Arau, Perlis. Undang-undang tubuh negeri Perlis yang dibuat pindaan ini ialah bahagian yang pertama kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perlis. Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Perlis ini telah ditandatangani oleh Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai dan diikuti oleh Menteri Besar serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis. Selesai sahaja upacara menandatangani perjanjian tersebut, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis membacakan doa selamat.

 HOME >>>>

Make a Free Website with Yola.