MISI
Memberi gambaran yang tepat dan sebenarnya keadaan dan suasana di Negeri Kelantan, sambil berusaha membantu memperkasakan pembangunan komuniti kearah menghadapi cabaran-cabaran di masa mendatang.
SELAMAT DATANG KE PERSPEKTIF KELANTAN
Salam Bahagia dan Selamat Sejahtera kami ucapkan. Blog PERSPEKTIF KELANTAN yang telah bersama saudara beberapa ketika, telah pun dinaik taraf kepada satu lamanweb yang di dalamnya dimuatkan banyak lagi bahan berupa berita dan rencana mengenai Negeri Kelantan, yang termasuk ehwal negerinya , masyarakatnya, sejarah dan warisannya, keindahan alam semula jadinya, seni budayanya, cara hidup dan pemikiran warganya dan perjuangannya untuk menjadi sebuah negeri maju di Malaysia.
Negeri Kelantan, terkenal di seluruh dunia sebagai pusat dan khazanah kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu di Negara ini. Ini tidak boleh dinafikan. Barangan hasil usaha desanya, terutama hasil kraftangannya seperti kain batik, kain songket, barangan perak, tembaga, ukiran kayunya dan lain-lain lagi telah menarik perhatian ramai pengunjung dari luar Negara. Mereka kagum dengan keunikan hasil usaha ini.
PERSPEKTIF KELANTAN akan membentangkan kisah-kisah ini semua, supaya pada akhirnya negeri ini menjadi satu dari destinasi terpenting kepada masyarakat pelancong luar Negara. Bukan itu sahaja, bahkan melalui kandungan yang dimuatkan di dalam lamanweb ini, masyarakat antarabangsa akan dapat mengenali, memahami dan menghayati negeri ini dan kehidupan serta perjuangan warganya.
Sejak lamanweb Perspektif Kelantan mula dinaikkan ke Internet beberapa bulan yang lalu, lawatan yang diterima amat memeranjatkan … apatah lagi ianya dihidangkan dalam bahasa Melayu. Ini bermaknanya bahawa masyarakat berbahasa Melayu, khususnya di Negara ini sudah mula faham akan keadaan sebenarnya di negeri ini, dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Dari tulisan-tulisan yang dipaparkan, masyarakat pelayar telah dapat mengetahui dan mengenali negeri Kelantan lebih dekat lagi.
Memandang kepada hakikat dan senario sambutan ini, maka adalah diharapkan saudara pelayar akan terus melayari lamanweb ini pula. Banyak kandungan yang baru dimuatkan, dengan tujuan supaya tidak ada apa yang tertinggal dalam kita membicarakan ehwal negeri Kelantan. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara kerana setia dengan PERSPEKTIF KELANTAN, dan semoga sokongan saudara itu akan membuahkan banyak faedah dan manfaat kepada kita semua, khasnya kepada warga negeri Kelantan ini sendiri.
Untuk faedah masyarakat di dunia antarabangsa, PERPEKTIF KELANTAN ini akan juga diusahakan dalam Bahasa Inggeris.
Sekali lagi terima kasih.
Memberi gambaran yang tepat dan sebenarnya keadaan dan suasana di Negeri Kelantan, sambil berusaha membantu memperkasakan pembangunan komuniti kearah menghadapi cabaran-cabaran di masa mendatang.
Memperkasa dan memartabatkan masyarakat negeri Kelantan … terutama masyarakat desa dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Memperkemaskan lagi usaha meningkatkan kefahaman dan literasi masyarakat desa di negeri Kelantan terhadap bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan dan kemajuan mereka.
Mewujudkan kefahaman dan penghayatan mereka terhadap sains dan teknologi yang boleh menyediakan mereka menghadapi masa akan datang dengan lebih bersedia lagi.
Mewujudkan satu suasana untuk membolehkan masyarakat desa di negeri Kelantan khususnya memajukan diri dalam bidang-bidang aktiviti yang boleh membawa mereka kepada kecemerlangan dan kesejahteraan hidup.
Membawa ilmu pengetahuan, sesuai dengan suasana era sains dan teknologi hari ini, yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat desa di negeri Kelantan.