RAMADAN DI KOTA BHARU

RAMADAN di Kota Bharu memang dinanti-nanti oleh masyarakat kota raya ini.  Sesuai dengan gelarannya sebagai Bandar Raya Islam,  ketibaan Ramadan merupakan satu detik dalam kehidupan penghuninya yang disambut dengan penuh khusuk dan takwa.  

Ketibaan bulan mulia ini juga memberi peluang dan laluan untuk mereka menambah rezeki dengan menguruskan perniagaan.  Selama sebulan mereka bekerja keras menyediakan keperluan untuk berbuka puasa dan juga bersahur kepada umat muslimin di kota raya ini.  Suasana di kawasan-kawasan yang sudah dikenali dengan nama 'Bazaar Ramadan'  memang seperti satu pesta atau lebih tepat satu expo makanan dan juadah ala Kelantan.

Hari ini ialah hari kedua Ramadan.   Sebelah petang beberapa tempat di Kota Bharu ini sibuk dengan urusan jualan dan belian .. di antara penjual dan pembeli.   

Beberapa tempat yang sempat dikunjungi  iaitu seperti di perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV,  kawasan berdepan dengan pasar raya TESCO dan  pasar raya  NIRWANA, MAJU, dan  di kawasan pasar Kubang Kerian,  ramai pengunjung berpusu-pusu membeli belah.

Inilah keadaannya.   Dan halaman ini akan memaparkan keadaan ini.

Halaman Ramadan di Kota Bharu ini juga akan menumpukan perhatian,  bukan sahaja kepada suasana di kawasan-kawasan Bazaan Ramadan,  bahkan lain-lain aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di kota raya Kota Bharu ini di musim Ramadan.   

13 OGOS 2010   -   DI PERKARANGAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV.

Suasana penuh ceria ... riang ria ... bersama Muslimin yang lain mencari-cari juadah yang sesuai,  enak,  berkhasiat ... tidak membazir .. dan ala Kelantan pula.  Yang mana satu menjadi pilihan ... yang mana satu menjadi idaman ... dan yang mana satu menjadi juadah berbuka puasa nanti.  Yang mana satu .....

                   

     Kelapa muda ... airnya segar.                             Pelbagai juadah ....                                  Ayam panggang ....                 Pelbagai lauk .. enak-enak belaka.

 BAZAAR RAMADAN DI PERKARANGAN PASAR RAYA NIRWANA MAJU  -  14 OGOS 2010

Begini pula suasana dan keadaannya di perkarangan pasar raya NIRWANA MAJU,  Kubang Kerian.   Ramai juga yang berkunjung ke sini.  Lebih kurang 30 tapak niaga disediakan untuk peniaga Ramadan.  Bermacam juga juadah,  lauk pauk,  dan lain-lain bentuk hidangan untuk kepuasan selera semasa berbuka puasa nanti.  Harganya pun tidaklah tinggi ... memang termampu untuk semua.


                                                        

             Ruang niaga diatur selesa ..                         Pelanggan ramai berkunjung ..                    Pelbagai hidangan memang ada.

KEPELBAGAIAN DAN KEBERSIHAN DI UTAMAKAN   -   16 OGOS 2010

Sepanjang bulan Ramadan ini pelbagai aktiviti,  ragam manusia,  jenis hidangan  dipaparkan untuk dilihat,  diteliti  dan  dinikmati.  Yang utama diutamakan ... kepelbagaian dan kebersihan.   Inilah kisah Ramadan di kawasan atau wilayah di mana masyarakatnya berpegang teguh kepada perjalanan hidup berlandaskan ajaran agama suci Islam.  Kita akan saksikan keazaman dalam kehidupan yang bermatlamatkan kesejahteraan dan kegemilangan.  Kita akan saksikan ini semua di mana juga kita bawa pandangan kita  ...  di pasar Ramadan,  di surau dan masjid,  di pasar raya,  di pasar pagi,  di sekolah,  di pejabat dan lain-lainnya.

Ini pula dipaparkan gambaran kecekalan anggota masyarakat berniaga ... menyediakan yang terbaik kepada pelanggan.


                   

        Murtabak ayam & lembu                                Kueh manja                                     Nasi dan kue teow goreng                                   Nasi ayam


                                                     

                                                         Ayam percik                           Pelbagai minuman jus buah-buahan       Keropok lekor  dan yong tau foo


Dan berbagai lagi jenis diniagakan berpandukan citarasa dan selera pengunjung dan pembeli.   Terbayang bagaimana bersihnya hidangan-hidangan ini disediakan.  Tidak timbul sebarang rasa ragu-ragu dan khuatir kepada pembeli.

Akan tetapi Ramadan tidaklah semuanya untuk menikmati hidangan-hidangan yang lazat sahaja.   Banyak lagi yang perlu dilaksanakan yang memberi manfaat kepada rohani dan minda kita umat Islam.

Make a Free Website with Yola.