USAHAWAN BERJAYA

 HAJI GHAZALI MAMAT 

Perabot Ghazali Sdn Bhd

"

Kami sangat gembira bercampur terharu apabila kami dapat berpindah ke rumah kedai milik sendiri yang lebih selesa.   Dengan adanya kedai yang lebih besar,  kami  dapat menambah lebih banyak barang dan keyakinan pelanggan juga bertambah.  Pada tahun 2002,  jualan kami mencecah lebih RM 1 juta.  Tahun berikutnya juga melebihi RM 1 juta."

HAJI GHAZALI MAMAT

KISAH TUAN HAJI GHAZALI MAMAT         

Kita akan membentangkan kisah perjalanan hidup Tuan Haji Ghazali Mamat dan perushaannya PERABUT GHAZALI di Kota Bharu,  Kelantan

Untuk ini kami telah mengemukakan beberapa pertanyaan kepada ini:

1.    Apakah yang menyebabkannya menceburkan diri dalam perniagaa perabut?

2.    Semasa perniagaannya berada pada peringkat permulaan dahulu bagaimana caranya menarik pelanggan?

3.    Bagaimanakah caranya menyesuaikan produk yang dijual dengan keperluan dan citarasa pelanggannya?

4.    Apakah bentuk masalah yang telah dihadapinya semasa perniagaan ini berada pada peringkat permulaan dahulu?  Dan bagaimana pula beliau mengatasinya?

5.    Jika dilihat pada perkara risiko bagaimana keadaan perniagaan perabut ini jika dibandingkan dengan lain-lain jenis perniagaan?

6.    Apakah rahsia di sebalik kejayaannya?

7.    Bagaimana pula masa depan perniagaan perabut?

8.    Perancangannya untuk menentukan perniagaan perabutnya ini akan terus berkembang dan maju?

Hasil temuramah dengan Tuan Haji Ghazali Mamat ini akan kita muatkan di dalam halaman ini dalam masa terdekat.

 

 


Tidak ramai peniaga Melayu yang nasibnya sebaik Haji Ghazali Mamat.  Walaupun beliau dan isterinya,  Wan Som Wan Ibrahim bertungkus-lumus membangunkan syarikat menjual perabot,  Perabot Ghazali Sdn Bhd,  mereka tidaklah sampai ke tahap terpaksa tutup kedai akibat rugi.  Ini kerana berniaga sudah menjadi darah daging keluargaknya.

 

 


'Saya pinjam  duit ayah dan mak sebanyak RM 4,000 sebagai modal untuk memulakan kedai perabot.  Guna modal keluarga mudah kerana kita tidak payah buat kertas kerja,  tidak perlu isi borang,  tidak perlu susah payah naik  turun pejabat,  tidak menunggu lama dan sebagainya.  Lagipun modal keluarga tidak ada kadar faedah.'

 

 


 MARA adalah rakan kongsi niaga kami.  Susah senang kami adalah dengan MARA. Dari awal dulu saya diajar ilmu berniaga oleh MARA melalui kursus LPU.  Sejak itu saya tidak pernah tinggalkan MARA dan MARA pun tidak pernah tinggalkan saya.'

 

Make a Free Website with Yola.