HARI INI DALAM SEJARAH

 29 OKTOBER 1833

EMPANGAN KUALA KUBU PECAH

Pada hari ini dalam tahun 1833, empangan Kuala Kubu yang terletak di Kampung Asam Lengung telah pecah. Empangan telah ini dibina oleh pelombong-pelombong bijih timah Melayu lebih seratus tahun sebelum 1883. Empangan sepanjang hampir sebatu yang dibina melintang Sungai Kubu yang digunakan untuk melampan bijih timah ini diperbuat daripada tanah dan batang-batang kayu. Kuala Kubu merupakan pusat pentadbiran British bagi daerah Ulu Selangor. Pekerjaan utama penduduk di sini adalah melampan bijih timah. Banjir yang disebabkan oleh empangan yang pecah ini telah menenggelamkan pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya, menghanyutkan 38 buah rumah dan membunuh 33 nyawa termasuk Collector & Magistrate (Pegawai Daerah), Cecil Ranking serta menyebabkan kerosakan harta benda. Ini adalah kerana kejadian yang tidak disangka ini berlaku dengan pantas dan kebanyakan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan diri dan harta benda. Kesan daripada empangan yang pecah ini maka para penduduk hilang pekerjaan. Ini menyebabkan ramai penduduk yang berpindah. Walaubagaimanapun, dengan kerjasama Penghulu, kerajaan Inggeris telah berjaya mengumpul dan menarik lebih ramai penduduk untuk tinggal di situ dan mengusahakan perlombongan bijih timah.

 HOME >>>>

Make a Free Website with Yola.