HARI INI DALAM SEJARAH

 28 SEPTEMBER 1946

KESATUAN (PERSURATAN) PENUNTUT-PENUNTUT MELAYU SELANGOR DITUBUHKAN


Pada hari ini dalam tahun 1946, Kesatuan (Persuratan) Penuntut-penuntut Melayu Selangor telah ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kesatuan ini dibentuk dengan menggabungkan semua kesatuan penuntut-penuntut Melayu di Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution; Sekolah Tinggi Kajang; Anglo Chinese School Kelang; Sekolah Batu Road; Sekolah Jalan Pasar; Convent Kuala Lumpur; Convent Kajang; St. Mary dan Methodist Girls School. Tujuan penubuhan kesatuan ini adalah bagi memajukan pelajaran ahli-ahlinya. Encik Mohd bin Mohd. Nor telah dilantik sebagai Yang Dipertua Kesatuan yang pertama. Penubuhan Kesatuan (Persuratan) Penuntut-penuntut Melayu Selangor pada hari ini dalam tahun 1946 menunjukkan kejayaan pelajar-pelajar dalam menyatu dan memajukan seluruh pelajar di Selangor dan Kuala Lumpur.

Make a Free Website with Yola.