HARI INI DALAM SEJARAH

 27 SEPTEMBER 1955

PENUBUHAN MAKTAB LATIHAN TENTERA DI PORT DICKSON


Pada hari ini 27.9.1955, Maktab Tentera telah ditubuhkan dengan rasminya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sempena upacara perasmiannya, satu perbarisan telah diadakan dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald Mac Gillivary, Raja-Raja Melayu, Ketua-Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman dan para kenamaan yang lain. Penubuhan maktab itu adalah bertujuan untuk  melatih lebih ramai para pegawai tentera dalam bidang pertahanan. Dalam ucapannya, Sir Donald Mac Gillivary berharap di sekitar tahun 1959, Tanah Melayu akan mempunyai tenteranya sendiri, dan tidak perlu lagi bergantung kepada pihak luar. Sehubungan itu juga, bagi mempertingkatkan kemahiran, beberapa pegawai tentera telah dihantar untuk menerima latihan di Sandhurst dan Enton Hall, United Kingdom. Terdapat 4 kompeni pelatih iaitu Inkerman, Waterloo, Rlenheim dan Dittersen yang dikendalikan di bawah perintah Kapten Shaari Daud. Sesungguhnya dengan penubuhan Maktab Latihan Tentera pada hari ini dalam tahun 1955 telah menambahkan lagi jumlah pegawai tentera dalam angkatan tentera Malaysia yang diasaskan oleh Pasukan Askar Melayu DiRaja pada tahun 1933.

Make a Free Website with Yola.