25 OKTOBER 1901
SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN SUKARELA DI NEGERI MELAKA
Kegiatan sukarelawan memainkan peranan yang penting dalam melengkap peranan dan tugas agensi-agensi kerajaan. Sifat badan-badan sukarelawan yang profesional, ikhlas dan tidak mementingkan soal kewangan telah mendapat sanjungan daripada masyarakat. Pada hari ini, 25 Oktober 1901, bagi negeri Melaka buat pertama kalinya telah ditubuhkan pasukan tentera sukarela. Pasukan sukarela tentera terbentuk apabila pihak British yang pada masa itu menubuhkan satu kompeni repal. Kompeni repal ini, merupakan sebahagian daripada Singapore Volunteer Force yang beribu pejabat di Singapura. Pasukan tentera sukarela di Melaka diketuai oleh Kapten R.N. Bland. Peringkat awal penubuhan Pasukan Sukarela tentera ini keahlianya terhad kepada orang Inggeris yang bekerja di Melaka sahaja, kemudian dibuka kepada orang-orang Melayu, Cina dan India. Namun begitu jangka hayat pasukan sukarela tentera ini tidak kekal lama, apabila pada tahun 1906, ianya telah dibubarkan. Sehinggalah berlakunya pergolakan dalam Perang Dunia Pertama barulah ditubuhkan semula Pasukan Tentera Sukarela pada 12 Mei 1929 dikenali dengan Melaka Volunteer Rifles.
HOME >>>>