HARI INI DALAM SEJARAH

 19 OGOS 1959

PILIHANRAYA UMUM YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA


Pada hari ini dalam tahun 1959 Pilihanraya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Pilihanraya ini adalah merupakan kali yang pertama di mana cara-cara memperuntukkan kerusi serta perjalanan pilihanraya dijalankan dan ditentukan oleh penduduk-penduduk Persekutuan Tanah Melayu sendiri tanpa terpaksa bertolak ansur dengan penjajah Inggeris seperti yang berlaku dalam pilihanraya umum 1955.

Dalam pilihanraya ini telah terdapat pertambahan jumlah pengundi yang besar iaitu 2.17 juta berbanding dengan 1.28 juta pada tahun 1955. Dari segi pertambahan bagi tiap kaum itu menunjukkan kenaikan 57% bagi pengundi- pengundi Melayu, 30% Cina dan 7% India. Pertambaban di kalangan pengundi- pengundi bukan Melayu adalah disebabkan oleb kemudahan-kemudahan yang diberikan melalui pelembagaan ataupun proses naturalisasi, dan lain-lain kemudahan istimewa yang diberikan dalam masa 12 bulan yang pertama setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Berikutan dari kemudahan mendapatkan kerakyatan ini, daftar-daftar pengundi di semak pada tahun 1958; dan berdasarkan kepada daftar-daftar yang disemak semula inilah pilihanraya-pilihanraya umum Negeri dan Parlimen 1959 dijalankan. la juga mengakibatkan kepada perubahan dalam jumlah kerusi yang dipertandingkan, iaitu 52 kerusi pada tahun 1955 menjadi 104 kerusi pada tahun 1959 pertambahan sekali ganda.

Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan (UMNO, MCA MIC), Parti Negara, Parti Malaya (Malayan Party), Parti Islam SeTanah Melayu, Parti Progresif Rakyat, Parti Barisan Sosialis, Parti Tindakan Rakyat, Parti Demokratik Bersatu dan beberapa orang calon bebas. Apabila keputusan diumumkan Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan; Parti PAS 13 I kerusi; Parti Barisan Sosialis 8 kerusi; Parti Progresif Rakyat 4 kerusi; Parti Negara 1 kerusi; Parti Malaya 1 kerusi; Bebas 3 kerusi; sementara Parti Demokratik Bersatu dan Parti Tindakan Rakyat tidak mendapat sebarang kerusi.

Dengan kemengangan besar Parti Perikatan itu Tunku Abdul Rahman, selaku Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri, telah membentuk kabinetnya yang bebas dari tekanan dan campurtangan penjajah Inggeris uhtuk menubuhkan sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat dalam sebuah negara yang merdeka.

Make a Free Website with Yola.