HARI INI DALAM SEJARAH

 14 0G0S 1953

PERSIDANGAN PARTI-PARTI MELAYU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


 Pada hari ini dalam tahun 1953, satu persidangan Parti-parti Politik Melayu seluruh Tanah Melayu telah diadakan bertempat di rumah UMNO Jalan Ibrahim, Johor Bahru. Persidangan yang dianjurkan oleh UMNO ini telah dihadiri oleh lebih 28 orang wakil dari parti-parti Melayu seperti UMNO, PAS, Persekutuan Melayu Singapura (PMS), Lembaga Kesatuan Melayu Johor, Persekutuan Melayu Semanjung, Persekutuan Pemuda Kelantan dan beberapa wakil yang lain. Antara perkara yang menjadi pokok perbincangan ialah mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu, tarikh kemerdekaan dan pilihanraya. Perbezaan pendapat antara parti-parti politik Melayu juga turut diperbincangkan. Tunku Abdul Rahman, Ketua Parti UMNO turut menjelaskan dalam persidangan ini mengenai penukaran cogankata UMNO daripada “Hidup Melayu” kepada  “Merdeka”. Sesungguhnya, persidangan yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1953, telah membuat beberapa ketetapan yang akan dibentangkan di dalam Kongres Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur. 

Make a Free Website with Yola.