HARI INI DALAM SEJARAH

 13 OGOS 1962

KESATUAN GURU-GURU MAKTAB LATIHAN HARIAN 

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITUBUHKAN DI PULAU PINANG


Berorganisasi memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan ikatan di kalangan ahli terutama yang berkaitan satu-satu bidang.   Pada awal abad ke 20 di negara ini pelbagai Kesatuan telah ditubuhkan untuk mencapai hasrat satu-satu organisasi tersebut. Pada hari ini, 13/8/1962, Kesatuan Guru-Guru Maktab Latihan Harian Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan di dalam perjumpaan mereka yang pertama di Pulau Pinang.  Perjumpaan dihadiri oleh lebih daripada 50 orang guru lepasan Kesatuan Guru-guru Maktab Latihan Harian Persekutuan Tanah Melayu. Encik Ahmad Abdul Rahman selaku Pengerusi Sementara Kesatuan Guru-Guru Maktab Lepasan Harian berkata tujuan utama penubuhan persatuan adalah untuk membela nasib guru-guru lepasan maktab harian seramai 5000 orang yang terdapat di Persekutuan. Pada perjumpaan yang pertama kali diadakan ini juga telah dilantik Ahli Jawatankuasa.  Yang Dipertua Ahmad Abdul Rahman (Perlis) dan Naib Yang Dipertua I Ali Hashim (Johor) dan Ahli Jawatankuasa daripada tiap-tiap negeri. Diharap dengan adanya kesatuan ini, akan dapat membela nasib guru-guru Lepasan Maktab Harian disamping dapat mengemukakan idea-idea baru untuk kebaikan kepada para pelajar, guru dan pelatih.

Make a Free Website with Yola.