HARI INI DALAM SEJARAH

 

 12 SEPTEMBER 1945

PERMULAAN PENTADBIRAN TENTERA BRITISH DI TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (B.M.A) bagi menggantikan pemerintahan Tentera Jepun. Tugas utama yang dipikul oleh Pentadbiran Tentera British ini ialah pembangunan semula dan pemulihan keamanan serta dipertanggungjawabkan untuk membaiki jalan-jalan keretapi, pelabuhan-pelabuhan dan perhubungan yang lain. Pentadbiran Tentera British diselenggarakan dibawah pemerintahan Pegawai Pemerintah Angkatan Tentera di Tanah Melayu dengan arahan langsung dari Pemerintah Tertinggi Bersekutu, South East Asia Command. Di bawah Pentadbiran Tentera British ini juga Perkhidmatan Hal-ehwal Awam atau Civil Affairs Service diwujudkan untuk menguruskan kebajikan orang-orang awam. Perkhidmatan Hal-ehwal Awam ini diketuai oleh Major General H.R.Hone dan dibantu oleh Brigadier H.C.William, Brigadier Newboult dan Brigadier Mc.Kerron. Dalam menjalankan dasar-dasar pentadbirannya, British telah menghadapi pelbagai tentangan dan rintangan dari berbagai arah termasuk dari golongan Menengah Melayu dan aristokrat dan juga golongan 'Colonial Old Guard'.  Berikutan daripada itu, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah direalisasikan pada 1 Februari 1948.

Make a Free Website with Yola.